Pn. Noraziah bt. Hj. Adnan merupakan anak peneroka Felda Teloi Kanan. Beliau mula menceburi bidang Batik Canting pada tahun 2010. Pn. Noraziah merupakan seorang usahawan muda yang bergiat aktif di dalam Felda Teloi Kanan dan merupakan perintis kepada Batik Canting di dalam Felda Teloi Kanan dan disekitar kawasan Kuala Ketil. Diatas minat yang sangat mendalam membawa beliau ke dalam bidang seni Batik Canting. Sejak bergiat aktif di dalam Batik Canting tempahan yang diterima amat memberansangkan.








