Tujuan
Program ini dihadiri oleh Pelatih PDK Seri Kupang, Baling. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menerangkan tentang fungsi Pusat Internet kepada komuniti seterusnya memberi Taklimat Aplikasi Dashboard kepada Pelatih PDK serta mengajar Pelatih PDK menggunakan komputer.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia (TM), dan fungsi Pusat Internet serta perkhidmatan yang disediakan. Disamping itu pelatih diberi taklimat mengenai penggunaan internet dengan betul serta diajar dan diperkenalkan asas penggunaan komputer.











