Tujuan
Program ini dihadiri oleh ahli Pusat Internet Felda Teloi kanan dan penduduk setempat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menerangkan tentang aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti seterusnya mendekatkan penggunaan ICT kepada Komuniti setempat.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia (TM), dan fungsi Pusat Internet serta perkhidmatan yang disediakan. Disamping itu pelajar diberi taklimat tentang cara untuk memuat turun applikasi dashboard, pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan peralatan i-health bagi aplikasi myhealth, tunjuk ajar oleh petugas bagaimana untuk menghasilkan video yang menarik dan kreatif, dan juga taklimat oleh petugas mengenai kesan-kesan barang elektronik yang tidak dikitar semula.
.