Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan. Pelaburan dalam pendidikan yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Pendidikan juga boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima.
Oleh sebab itu, di dalam Felda Teloi Kanan terdapat sebuah Sekolah Menengah, sebuah Sekolah Rendah dan 3 bangunan bagi pendidikan awal kanak-kanak seperti Literasi, Tabika Kemas dan Taska untuk membantu dan memudahkan penduduk dalam kawasan felda ini memperoleh ilmu serta membantu mereka mencapai hidup yang berkualiti.
Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Felda Teloi Kanan, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. No. Telefon : 04-419 3882
Tabika Kemas dan Taska
