Lata Bayu merupakan sebuah tempat peranginan yang terkenal di Baling, Kedah. Kawasan ini mempunyai air terjun semula jadi yang mempesonakan. Lata Bayu mula menjadi popular sejak awal tahun 1980-an. Kini, pelbagai kemudahan infrastruktur telah disediakan untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan. Ia merupakan kawasan rekreasi popular untuk beriadah bersama ahli keluarga.
Lata bayu terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Baling. Selain itu, ia menjadi pilihan ramai kerana persekitarannya nyaman selain dipenuhi pepohon hijau manakala air sungainya pula bersih, sejuk dan menyegarkan untuk mandi manda selain air terjun mendatar yang pasti menggamit perhatian pengunjung untuk merehatkan minda.