mcmc
Aktiviti Semasa

Pelancaran Portal SEBENARNYA.MY

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan portal Sebenarnya.my bagi menentang penyebaran berita palsu. Dengan moto “Tidak Pasti Jangan Kongsi”, laman ini diharap dapat memberikan maklumat setempat yang tepat bagi menafikan berita-berita palsu yang terlalu mudah diviralkan oleh masyarakat di Malaysia tanpa usul periksa.

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.