Antara tempat bersejarah di Baling ialah Menara Jam Baling yang terletak berhampiran Masjid Jamek Baling. Masjid itu juga dikenali sebagai Balai Jam Merdeka yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 25 Februari 1959.
Menara ini dibina sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu dan hari ini dianggap simbol kemerdekaan yang terdapat di daerah Baling.

