Pusat Ekonomi Digital merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, anataranya syarikat Telekom Malaysia (TM), dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
Kepentingan Penggunaan Aplikasi Elektronik:
* warga komuniti boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah
* menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit
Perkhidmatan yang disediakan:
* menawarkan latihan ICT (Information and Communications Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli PI.
* menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar
* printing
* scanning
* laminate
* binding
* fotostat
* zon internet tanpa wayar
Latihan Yang Disediakan:
* Asas internet
* Aplikasi Elektronik (E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-dagang)
* Desktop Publishing (Microsoft Office)