Cendawan Tiram Kelabu
Khasiat Cendawan Tiram Kelabu ialah mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu.
Kebaikan Cendawan Tiram Kelabu:
1) Tiada bahan kimia
2) Tiada buangan haiwan 100% organik
3) Taman tertutup
4) Amalan kebersihan dalam penanaman
5) Khasiat tinggi
6) Pemakanan sihat
7) Sesuai untuk diet sayur
Selain itu, cendawan ni jugak sangat baik untuk kesihatan badan kita seperti mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria, menghalang pertumbuhan tumor serta agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.