mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2025: Saringan Kesihatan @ Felda Teloi Timur

Tarikh:  12 November 2025
Masa:  8:30 pagi- 10:30 pagi
Bil.Peserta:  Terbuka
Lokasi:  Pasar Pagi Felda Teloi Kanan

Tujuan

  • Mengesan awal masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti.
  • Membantu penduduk memahami tahap kesihatan semasa melalui pemeriksaan asas yang mudah dan pantas.
  • Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti FELDA.
  • Menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemantauan berkala dan nasihat kesihatan.

Aktiviti

  • Pemeriksaan Tekanan Darah
    – Menilai tahap tekanan darah bagi mengesan risiko hipertensi.
  • Ujian Gula dalam Darah (Blood Glucose Test)
    – Mengukur paras gula bagi mengesan tanda awal diabetes atau pra-diabetes.
  • Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)
    – Menentukan kategori berat badan (normal, berlebihan, obes) dan memberi nasihat ringkas.
  • Khidmat Nasihat Kesihatan
    – Pegawai kesihatan memberi penerangan ringkas tentang keputusan saringan dan langkah pencegahan.

Gambar di sini