mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI 2 SEPTEMBER 2023 : KARNIVAL SAINS TEKNOLOG, ENGINEERING, ARTS DAN MATEMATIK (STEM), SMK KUALA KETIL

Tarikh :  20 September 2023
Masa :  8:30 pagi hingga 1:30 petang
Bil.Peserta :  Warga SMK Kuala Ketil
Lokasi :  Dewan Terbuka SMK Kuala Ketil

 

 

Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan maknanya bagi setiap elemen.

Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar. Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.

Aktiviti PEDi :

1. Kereta belon
2. Lego challenge
3. Puzzle tab

 

Gambar di sini