Tarikh | : 12-14 Disember 2023 |
Masa | : 8 pagi hingga 6 petang |
Bil.Peserta | : Petugas PEDi Wilayah Utara |
Lokasi | : De Baron, Langkawi, Kedah. |
Program bersama Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis 2023. Program ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Kedah. Program yang dijalankan adalah Program Pemerkasaan PEDi Peringkat Wilayah Utara. Perasmian telah dilakukan oleh En. Mazlan Bin Othman, Pengarah MCMC Negeri Kedah.
Program ini dijalankan bagi membantu petugas-petugas PEDi dalam menguruskan PEDi masing-masing. Pelbagai agensi telah dijemput bagi memberi pencerahan kepada petugas seiring untuk membantu komuniti setempat dalam bidang perniagaan. Pelbagai input telah diberikan bagi membantu permasalahan yang sering berlaku di PEDi masing-masing yang berkait rapat dengan usahawan.
Aktiviti:
1. Taklimat 1: Halatuju PEDi 2023
2. Taklimat 2: Kerjaku Ibadahku
3. Taklimat 3: Konsep Pembangunan Usahawan Komuniti PEDi
4. Taklimat 4: Inisiatif Dana kepada Usahawan dan Komuniti
5. Taklimat 5: Scammer- Let’s Fight Scammer
6. Aktiviti 1: MoJo di Darul Aman Santury Lubuk Semilang
7. Aktiviti 2: MoJo di Kubang Badak