| Tarikh | : 20 Julai 2024 |
| Masa | : 9 pagi hingga 12 tengahari |
| Bil.Peserta | : 9 orang |
| Lokasi | : NADI Felda Teloi Kanan |
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung pada 20 Julai 2024 bagi menabalkan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 2024. Sultan Ibrahim telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 di Istana Negara pada 27 Oktober 2023 bagi tempoh 5 tahun mulai 31 Januari 2024 untuk menggantikan Al-Sultan Abdullah.
Istiadat pertabalan Agong Malaysia merupakan satu daripada acara terpenting dalam sistem beraja negara ini. Ia melambangkan pentingnya kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai simbol kesatuan dan kestabilan Malaysia. Istiadat pertabalan Agong ke-17 berlangsung pada 20 Julai 2024 di Istana Negara, Kuala Lumpur, memperlihatkan peralihan tanggungjawab dari Yang di-Pertuan Agong sebelumnya kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru.
Istiadat pertabalan ini tidak hanya menghormati individu yang berjawatan tinggi dalam negara, tetapi juga memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat majmuk Malaysia. Ia menekankan kepentingan kesinambungan dan perpaduan dalam pembangunan negara. Lebih daripada acara formal, istiadat pertabalan Agong ke-17 mengandungi makna mendalam bagi warganegara Malaysia, membangkitkan semangat kebangsaan dan kepercayaan kepada institusi beraja sebagai penjaga kedaulatan dan keadilan.
“Ini satu proses yang mendidik masyarakat sebenarnya. Bukan sahaja mendidik dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada masyarakat inilah indahnya adat istiadat negara kita,” kata Pengarah JAPEN WPKLP Sabarudin Yeop Hamza.
Pihak NADI Felda Teloi Kanan mengambil peluang untuk menganjurkan satu program menonton Istiadat Pertabalan Agong ke-17 secara langsung di ‘Surfing Area’ NADI Felda Teloi Kanan. Seramai 9 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak komuniti setempat bersama-sama memeriahkan “Viewing Party” kali ini. Disamping menonton Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 secara langsung, pihak NADI juga memberi sedikit jamuan kepada peserta.