mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN 1 – OGOS 2024 – (PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA @ FTK)

Tarikh :  5 Ogos 2024
Masa :  8 pagi hingga 1:00 tengahari
Bil.Peserta :  Komuniti Setempat
Lokasi :  Perkarangan Masjid Al-Muhajirin FTK
   

 

 

TUJUAN:

Memasak bubur asyura merupakan amalan kebiasaan yang  dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram. Oleh itu, komuniti Felda Teloi Kanan mengambil pendekatan ini dengan mengadakan aktiviti memasak bubur asyura secara bergotong-royong. Program mengacau bubur asyura ini merupakan acara tahunan yang akan dijalankan di Felda Teloi Kanan dan program ini dijalankan sejak generasi pertama sehingga generasi terkini. Sebanyak 7 kawah bubur asyura telah dimasak yang melibatkan pegawai Felda dan komuniti setempat. Aktiviti memasak bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pegawai Felda dan komuniti setempat. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat ini.

 

 Gambar di sini