mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Pn. Julia Bt Ramli (Usahawan Ubat)

    Artikel kali ini adalah tentang kisah kejayaan pengguna Pusat Internet Felda Teloi Kanan. Kali ini kami ingin menceritakan tentang kisah kejayaan Pn. Julia Bt Ramli berumur 34 tahun dan menetap di Felda Teloi Kanan. Beliau bekerja sebagai seorang pelayan kedai makan. Beliau memulakan perniagaan ini sejak setahun yang lepas atas kerana minat yang mendalam dalam perniagaan. Beliau seorang yang bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam melakukan sebarang kerja. Walaupun beliau membuka perniagaan ini, beliau tidak pernah mengabaikan tugas beliau sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Bekerja sebagai seorang pelayan kedai makan banyak melibatkan beliau dengan orang sekeliling dan dengan ini, beliau mengambil kesempatan untuk mempromosi produk yang dijual oleh beliau. Selepas tamat waktu bekerja pada pukul 6.00 petang, beliau akan pulang ke rumah untuk memeriksa tempahan yang dibuat oleh pelanggan.

    Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau hanya mempromosi produk beliau kepada kawan-kawan dan jiran yang berdekatan sahaja. Beliau juga tidak mahir untuk menggunakan komputer  dan  mereka ayat bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk beliau. Oleh itu, pendapatan yang diperolehi beliau adalah sangat sedikit.

    Selepas beliau terlibat dengan PI, petugas pi1m banyak membantu beliau dalam mempromosi produk beliau dan memberi idea kepada beliau bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Kini beliau lebih mahir dalam menggunakan komputer dan dapat mempromosi produk beliau dengan lebih meluas dengan menggunakan laman sosial seperti facebook , whatssap dan wechat.