USAHAWAN JAHITAN
| Nama | : Busriyati Bt Che Mohammed |
| Umur | : 44 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Busriyati Bt Che Mohammed berumur 44 Tahun dan menetap di Felda Teloi Timur dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan ini semenjak tahun 1998 sehingga sekarang. Pada mulanya, beliau hanya menjahit sekadar suka-suka sahaja dan tidak terfikir untuk mengembangkan perniagaan. Tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan dan pendapatan yang diperoleh semakin hari semakin meningkat beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang jahitan ini menjadi ia sebagai sumber pendapatan tetap dan mengembangkan perniagaan beliau dengan lebih meluas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau menggunakan ICT, beliau hanya menjahit dan mendapat tempahan baju daripada rakan dan jiran yang terdekat sahaja. Pendapatan yang beliau peroleh juga tidak begitu lumayan kerana kurang mendapat tempahan dari masyarakat. Hal ini kerana beliau kurang mahir dalam mempromosikan pakaian yang dijahit oleh beliau kepada masyarakat melalui media sosial. Beliau juga memperoleh pembekal seperti kain dan benang hanya dengan seorang pembekal sahaja kerana beliau tidak tahu bagaimana untuk mencari pembekal dengan lebih ramai dan lebih murah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau menggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau mendapat tempahan pakaian dari pelanggan yang berada di seluruh negeri dan sudah menjadi pelanggan tetap beliau. Ini adalah hasil dari beliau mempromosi pakaian yang dijahit melalui Dashboard, Facebook dan Whatsapp. Beliau kini sudah mempunyai kedai sendiri dan mempunyai 2 orang pekerja. Hasil pendapatan yang beliau perolehi juga semakin meningkat. Antara tempahan yang diterima oleh beliau ialah pakaian wanita, tudung, langsir, membuat tag nama dan logo. Selain itu, dengan menggunakan internet, beliau juga dapat mencari pembekal kain dan benang dengan lebih murah dan berkualiti.