USAHAWAN KEREPEK PISANG
| Nama | : Naziroh Bt Hamid |
| Umur | : 47 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Pn. Naziroh Bt Hamid berumur 47 tahun dan menetap di Felda Teloi Kanan. Beliau tidak bekerja dan hanya seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2015 sehingga kini atas kerana minat yang mendalam untuk membuka perniagaan sendiri. Beliau seorang yang bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam melakukan sebarang kerja. Walaupun beliau membuka perniagaan ini, beliau tidak pernah mengabaikan tugas beliau sebagai seorang surirumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau hanya mempromosi produk beliau kepada kawan-kawan dan jiran yang berdekatan sahaja. Beliau juga tidak mahir untuk menggunakan komputer dan telefon bimbit bagi memasukkan produk ke dalam media sosial. Bahan mentah yang diperoleh juga sangat terhad kerana beliau hanya memperoleh bahan mentah dari dalam kawasan tempat tinggal beliau dan dari jiran-jiran sahaja. Oleh itu, pendapatan yang diperolehi beliau adalah sangat sedikit kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau terlibat dengan PI, petugas PI banyak membantu beliau dalam mempromosi produk beliau dan memberi idea kepada beliau bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Kini beliau lebih mahir dalam menggunakan komputer dan dapat mempromosi produk beliau dengan lebih meluas dengan menggunkan laman sosial seperti dashboard komuniti. Beliau juga dapat memperoleh bahan mentah dari merata tempat dengan adanya telefon bimbit. Beliau dapat menghubungi pembekal-pembekal yang berada di luar kawasan tempat tinggal beliau. Pendapatan yang diperoleh semakin hari semakin meningkat dengan permintaan yang tinggi daripada pelanggan, samada dari pelanggan tetap dan pelanggan baru.