mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Mohd Shaifulallah Bin Rosli

USAHAWAN BAKERI

Nama : Mohd Shaifulallah Bin Rosli
Umur : 22 tahun
Ahli : 2013

Latar belakang

Mohd Shaifulallah merupakan seorang pelajar di Kolej Keda Sik. Beliau merupakan anak bongsu daripada 2 beradik dan mempunyai seorang kakak. Shaifulallah tinggal di dalam Felda Teloi Kanan semenjak kecil lagi dan beliau menjadi ahli PI semenjak PI dibuka iaitu pada tahun 2013. Shaifulallah mengambil bidang teknologi masakan dalam jurusan yang ditawarkan di Kolej Keda tersebut selama 2 tahun kerana beliau sangat meminati dalam bidang masakan. Beliau bercita-cita untuk membuka kedai bakery sendiri pada suatu hari nanti. Selepas tamat persekolahan, beliau selalu datang ke PI untuk melayari internet untuk mendapat maklumat dan sebagainya.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Internet dan sebelum disediakan wifi komuniti secara percuma, beliau banyak menghabiskan masa di rumah bersama-sama kawan. Beliau tidak mengetahui betapa pentingnya mempelajari komputer dan melayari internet dengan bijak. Selepas tamat belajar beliau cuba untuk membuat perniagaan sendiri iaitu dengan menghasilkan kek, puding dan sebagainya. Tetapi beliau tidak tahu bagaimana untuk mempromosi produk tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk membuat logo perniagaan beliau. Sebelum menggunakan internet, beliau keliru bagaimana untuk menghasilkan produk yang ingin dijualnya. Tanpa adanya rujukan daripada internet, menjadi sukar bagi beliau untuk menghasilkan produk dengan lebih baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan selepas melibatkan diri dengan Pusat Internet, peningkatan beliau dalam bidang ICT semakin bertambah kerana banyak mengikuti kelas dan program  yang diadakan di PI. Beliau juga semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer. Beliau menggunakan internet untuk mempromosi produk beliau dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Dashboard komuniti. Hal ingin dapat memperluaskan lagi perniagaan beliau sehingga beliau mempunyai Dropship sendiri. Beliau belajar bagaimana untuk membuat logo perniagaan dengan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI. Kek yang dihasilkan mendapat pujian daripada pelanggan kerana sangat sedap, lembut dan tahan lama. Hal ini adalah hasil daripada beliau membuta rujukan dan mendapat pengetahuan melalui You tube. Pendapatan yang beliau peroleh juga semakin hari semakin meningkat.