USAHAWAN KECIL AISKRIM
| Nama | : Mohammat Ridzuan Bin Abdullah |
| Umur | : 26 tahun |
| Ahli | : 2013 |
Latar belakang
Mohammat Ridzuan Bin Abdullah berumur 26 tahun dan menetap di Kampung Kuala Cahaya, Mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik-beradik. Beliau menceburi bidang perniagaan ini kerana mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan dan penghasilkan aiskrim. Beliau mendapat idea untuk membuka perniagaan sendiri setelah mendapat sokongan daripada keluarga. Sebelum membuka perniagaan sendiri beliau pernah bekerja di sebuah kilang selama beberapa tahun, dan kilang tersebut telah tutup. Selepas dari itu, beliau cuba menceburi bidang perniagaan ini dengan penuh cita-cita dan semangat yang tinggi semenjak tahun 2016 sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT, beliau kurang mahir bagaimana untuk memasarkan dan mempromosi perniagaan beliau secara atas talian samada melalui media sosial atau laman web. Beliau hanya menjual aiskrim di pasar pagi dan penduduk sekeliling sahaja. Beliau juga kurang mahir untuk mencari idea-idea baru dalam menghasilkan aiskrim supaya menjadi lebih menarik bagi pelanggan untuk membelinya. Pendapatan yang diperolehi beliau adalah sedikit kerana kurang tempahan dari penduduk luar. Selain itu, sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau perlu keluar ke pekan untuk membuat sebarang urusan seperti fotokopi, mencetak dan laminate.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menggunakan ICT, beliau lebih mahir serta cekap menggunakan internet untuk memasarkan perniagaan beliau secara atas talian iaitu melalui facebook, dashboard PI dan Whatsapp. Beliau juga memasarkan produk beliau dengan lebih meluas dan mendapat tempahan dengan lebih tinggi. Beliau juga mendapat tempahan untuk pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis harijadi. Disamping itu, beliau dapat menghasilkan aiskrim dengan lebih kreatif dan menarik mengikut citarasa pelanggan dengan mendapat idea melalui internet. Beliau juga menghasilkan aiskrim dengan pelbagai jenis perisa seperti coklat, vanilla, strawberi, durian dan lain-lain lagi. Pendapatan yang diperolehi semakin meningkat dan pelanggan juga semakin bertambah apabila mereka berpuas hati dengan aiskrim yang pernah mereka beli kerana rasanya yang lembut dan sedap. Dengan adanya PI, urusan beliau menjadi lebih mudah apabila beliau tidak perlu lagi pergi ke pekan untuk membuat fotokopi, mencetak dan laminate.