USAHAWAN KUIH LOYANG
| Nama | : Basiroh Bt Abdul Hamid |
| Umur | : 52 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Pn. Basiroh Bt Abdul Hamid berumur 52 tahun dan menetap di Felda Teloi Kanan. Beliau tidak bekerja dan hanya seorang surirumah sepenuh masa. Beliau seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2017 sehingga kini. Idea tercetusnya perniagaan ini apabila beliau mendapat tempahan dan dorongan daripada rakannya setelah mereka mencuba kuih loyang yang telah dihasilkannya. Tempahan yang diterima bukan sahaja apabila tiba musim perayaan, malahan pada hari biasa juga, terutama apabila musim kenduri perkahwinan. Ada yang membuat tempahan untuk dijadikan sebagai goodies dan hantaran. Walaupun beliau seorang ibu tunggal, beliau mempunyai hati yang cekal dan bersungguh-sungguh serta bertanggungjawab dalam melakukan sebarang kerja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan Pi, beliau hanya mempromosi produk beliau kepada kawan-kawan dan jiran yang berdekatan sahaja. Beliau juga tidak mahir untuk menggunakan komputer dan telefon bimbit bagi memasukkan produk ke dalam media sosial. Oleh itu, pendapatan yang diperolehi beliau adalah sangat sedikit kerana kurang mendapat tempahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau terlibat dengan Pi, petugas Pi banyak membantu beliau dalam mempromosi produk beliau dan memberi idea kepada beliau bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Petugas Pi membantu beliau memasukkan produk melalui dashboard komuniti dan menghasilkan video pemprosesan kuih loyang tersebut. Pendapatan yang diperoleh semakin hari semakin meningkat dengan permintaan yang tinggi daripada pelanggan, samada dari pelanggan tetap dan pelanggan baru. Selain itu juga, beliau banyak mengikuti program yang dianjurkan oleh Pi seperti pertandingan mewarna, gubahan bunga dan sebagainya. Hal ini dapat mendekatkan lagi diri beliau dengan petugas Pi dan menimba lebih banyak lagi ilmu pengetahuan berkaitan ICT.