mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Keusahawanan

Pada zaman sekarang, keusahawanan adalah sangat penting dalam pembngunan ekonomi individu dan masyarakat. Ia dapat membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. 

Felda Teloi Kanan memperkenalkan seorang usahawan pengeluar batik iaitu Pn. Nur Aziah Bt Hj Adnan. Beliau mula menceburi dalam bidang ini sejak tahun 2010 sehingga kini. Oleh kerana beliau sangat berminat dalam bidang ini sejak awal lagi, beliau telah mengembangkan lagi perniagaan ini dari rumah sehingga mempunyai bengkel sendiri. 

Pn. Nur Aziah Bt Hj.Adnan

 

Bengkel Saizie Batik

Pn, Nur Aziah mempromosi produk beliau melalui laman sosial seperti di dalam facebook, wechat, whatsapp dan instagram. Dengan mempromosi melalui laman sosial, tempahan yang diterima oleh beliau semakin meningkat dan diketahui umum.