Program : Kelas Asas Internet
Tarikh : 17 Februari 2016 & 24 Februari 2016
Masa : 10.00 a.m – 11.00 a.m
Tempat : Pusat Internet Felda Teloi Kanan
Pada 17 Februari 2016 dan 24 Februari 2016 pihak Pusat Internet telah mengadakan kelas asas internet kepada pelajar Literasi Felda Teloi kanan bagi membantu pelajar literasi dalam penggunaan internet. Pada peringkat awal pelajar literasi ini didedahkan dengan cara menggunakan youtube. Hal ini kerana Youtube mampu menarik pelajar literasi menggunakan internet dengan cara menonton video animasi yang merupakan medium asas hiburan pada peringkat umur mereka.