Pentadbiran FELDA Teloi Kanan diurustadbir oleh seorang Pengurus dengan dibantu oleh tujuh petugas pelbagai sektor. Bagi mewujudkan suasana kekeluargaan antara FELDA dan Peneroka, sebuah badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran FELDA Teloi Kanan disamping dapat menyalurkan kehendak FELDA dan peneroka. JKKR di pengerusikan oleh Pengurus FELDA dan seorang Timb. Pengerusi yang dipecahkan kepada empat biro iaitu Masyarakat, Pentadbiran, Ladang dan Ekonomi.
JKKR ini juga mempunyai dua wakil terus iaitu Gerakan Persatuan Wanita (GPW) mewakili kaum ibu dan Persatuan Belia dianggotai oleh Belia Rancangan. Disamping itu wakil-wakil undangan juga dipelawa menyertai JKKR ini iaitu Guru Besar Sekolah Rendah, Pengetua Sekolah Menengah, Ketua Pondok Polis, Kesihatan, Pengerusi JKKK dan YDP Kopersi Peneroka.