mcmc
Maklumat Setempat

I-Health Day bersama PI

Program: I-Health Day

Tarikh: 12 September 2015 (Sabtu)

Masa: 8.00 Pagi – 5.30 Ptg

Tempat: Perkarangan PI Felda Teloi Kanan

 

Pusat Internet telah menganjurkan Hari Kesihatan bersama komuniti setempat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberitahu kepada komuniti setempat tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Selain itu, PI Felda Teloi Kanan memperkenalkan satu lagi produk perkhidmatan yang baru untuk masyarakat iaitu pemeriksaan kesihatan. Alatan ini boleh digunakan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah. 

Disamping itu, semasa berlangsungnya program I-Health Day terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Booth PI, Pemeriksaan gigi secara percuma, pemeriksaan kesihatan secara percuma, Pemeriksaan LPPKN untuk golongan Wanita. Selain itu terdapat aktiviti sukaneka, aktiviti Indoor seperti Menaip Pantas, Kuiz Tema Kesihatan, Pertandingan membuat logo tema kesihatan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta Teka Gula-gula terbuka untuk pengunjung. Program juga diserikan dengan ceramah bertemakan Kesihatan yang disampaikan oleh Ustazah Jariyah Din.