mcmc
Galeri Foto

Program Jom Membaca 10 Minit & Taklimat Klik Dengan Bijak

Program : Program Jom Membaca 10 Minit & Taklimat Klik Dengan Bijak

Tarikh     : 23 April 2016

Masa      : 9.30 a.m – 10.30 a.m

Tempat   : Perpustakaan Desa Felda Teloi Kanan

Pada 23 April 2016 pihak Pusat Internet Felda Teloi Kanan bersama Tabika Kemas Felda Teloi Kanan dan juga Perustakaan Desa Felda Teloi Kanan telah mengadakan Program Jom Membaca 10 Minit & Taklimat Klik Dengan Bijak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid tabika untuk membaca bahan bacaan yang sesuai untuk peringkat umur mereka serta mengajar mereka cara untuk Klik Dengan Bijak semasa membaca bahan bacaan di internet.