Tujuan
- Meningkatkan kefahaman usahawan tentang cara merancang, mengurus dan menilai keberkesanan strategi pemasaran digital.
- Mempelajari penggunaan alat analitik digital seperti Google Analytics, Meta Insights, dan platform lain bagi menilai prestasi kempen pemasaran.
- Membantu usahawan membuat keputusan berasaskan data (data-driven decisions) untuk meningkatkan jualan dan keberkesanan promosi dalam talian.
- Menggalakkan penggunaan strategi pemasaran digital yang lebih tersusun, berkesan dan kos efisien.
Aktiviti
- Pengenalan kepada konsep dan kepentingan pemasaran digital dalam perniagaan masa kini.
- Pembelajaran tentang cara mengurus kempen pemasaran digital menggunakan media sosial dan platform dalam talian.
- Demonstrasi penggunaan alat analitik digital seperti Google Analytics dan Meta Business Suite untuk menilai prestasi kempen.
- Latihan praktikal (hands-on) mengenal pasti metrik penting seperti capaian, penglibatan (engagement) dan kadar penukaran (conversion rate).
- Sesi soal jawab dan perbincangan interaktif antara peserta dan penceramah.