Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya(PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman,Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.
Untuk pengunjung yang menyukai sejarah Baling, Sekolah Kebangsaan Tunku Putra menyimpan kisah Rundingan Damai Baling 1955 membabitkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dengan Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan Rashid Maidin.
Disebabkan ia memberi nilai sejarah yang besar kepada negara, tempat rundingan itu dilakukan masih dikekalkan. Ini termasuk mewujudkan Galeri Putra untuk memberi peluang kepada pelawat mendapatkan gambaran atau membayangkan suasana rundingan itu berlangsung.


