mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN 1 AKTIVITI OKTOBER 2023: KARNIVAL KOKURIKULUM, KOPERASI, STEM DAN KERJAYA DI SMK JERAI

Tarikh :  5 Oktober 2023
Masa :  9:00 pagi hingga 1:00 petang
Bil.Peserta :  Pelajar SMK Jerai
Lokasi :  SMK Jerai

 

Tujuan

Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan maknanya bagi setiap elemen.

Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar. Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.

Aktiviti STEM

– STEM Puzzle
– Rocket Straw STEM Challenge
– Lantunan Graviti
– Lego STEM Challenge
– Hand Robotic STEM Challenge
 
Aktiviti Klik Dengan Bijak
– Word Search
– Puzzle
– Math Cross Number