mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – Nor Azreen Bt Aziman

Kisah Kejayaan – Nor Azreen Bt Aziman

Nama : Nor Azreen Bt Aziman
Umur : 21 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Nor Azreen berumur 21 tahun dan merupakan pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Beliau mengikuti kelas ICT dan mahu mendapatkan sijil komputer kerana ingin memohon pekerjaan menggunakan sijil komputer. Hal ini juga akan memudahkan beliau untuk membuat resume, memohon pekerjaan atas talian dan sebagainya. Beliau merupakan seorang yang terpelajar dan mudah memahami arahan serta tugas yang diajar oleh petugas Pi sepanjang kelas dijalankan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri dalam  Pi, beliau hanya mempunyai kemahiran asas sahaja tentang komputer. Tahap ICT beliau juga sangat sedikit kerana hanya belajar ICT semasa di sekolah sahaja. Penggunaan internet dan tahap pengetahuan tentang cara menggunakan perkakasan komputer juga adalah kurang. Hal ini kerana, beliau tidak mempelajari kelas komputer secara teliti dan hanya belajar untuk menaip menggunakan Microsoft Word sahaja. Beliau juga tidak mengetahui tentang keselamatan menggunakan internet. Hal ini kerana, tidak ada pihak yang menerangkan bagaimana menggunakan internet dengan betul. Maklumat yang diterima oleh beliau juga kadang-kadang menimbulkan rasa curiga kerana beliau hanya bergantung kepada media sosial semata-mata.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama Pi, beliau mengetahui Pi ada menyediakan kelas komputer dan beliau mengikutinya. Setelah menyertai latihan dan kelas komputer di Pi, beliau menyedari betapa pentingnya kemahiran komputer di usia yang masih muda yang mana akan memberi lebih banyak peluang masa depan. Peningkatan beliau dalam bidang ICT semakin bertambah kerana banyak mengikuti kelas dan program yang diadakan di Pi. Beliau juga semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer. Jika mempunyai masa lapang beliau akan datang ke Pi untuk mencari maklumat berkaitan pekerjaan. Beliau juga sangat mahir dalam penggunaan perisian Microsoft Office dan ini akan memudahkan beliau untuk mencari pekerjaan nanti. Selain itu, beliau juga dapat mengetahui berita semasa atau berita yang diterima adalah sahih atau tidak dengan menyemak di laman web ‘Sebenarnya. My’.